Mahu Luna Maya Tapi Dapat Jupe - Sofiyant Rahman

    Author: Luna_Lovers Genre: »
    Rating





    Thursday, 20 December 2012 14:04

    Luna Maya

    Persada hiburan minggu lalu gempar gara-gara pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi membongkar mengenai penglibatan aktres seksi, Julia Perez aka Jupe dalam produksi filem Sentuhan Malam Pertama, tanpa permit. Sehari sebelum itu Jupe dikecam ramai peminat tanah air gara-gara komennya terhadap kualiti drama Malaysia. Kemudian meleret pula hingga ke isu perang dengan Zed Zaidi di Twitter. 
    Dalam laporan media hari ini menyebut pihak produksi yang bertanggungjawab membawa Jupe ke sini iaitu Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) memohon maaf dengan kekeliruan yang timbul berhubung dakwaan Jupe menjalani penggambaran filem terbitan mereka itu.

    Bercakap dengan Ketua Perniagaan dan Pemasaran NSK sebentar tadi, Sofiyant Rahman berkata, produksi memberi tawaran kepada Jupe bertujuan mengembangkan potensi produk Malaysia sekaligus membawa industri perfileman tanah air menembusi pasaran Indonesia.

    "NSK mempunyai kerjasama persefahaman dengan produksi di Indonesia dan ini merupakan peluang untuk membawa pelakon-pelakon kita ke sana, dan juga membawa pelakon mereka ke sini. Ini merupakan situasi menang-menang jika dilihat secara produktif.

    "Setelah menjalankan perbincangan, pihak NSK berpendapat ianya suatu langkah yang bagus jika kami mempelawa seorang pelakon Indonesia untuk sama berlakon di dalam filem Sentuhan Malam Pertama. Nama Luna Maya turut dicadangkan tetapi jadual aktres itu padat dengan penggambaran di Indonesia. Kebetulan Julia Perez memberi kata setuju kerana beliau mempunyai kelapangan masa ketika itu", kata Sofiyant dengan panjang lebar.


    Julia Perez dan pengarah 'Sentuhan Malam Pertama', Murali Abdullah.
    Jupe n Sutradara SMP
    Tambah Sofiyant lagi, pihak NSK menerima berita tersebut dengan tangan terbuka lalu menjemput Jupe datang ke Kuala Lumpur untuk perbincangan lanjut. Malah sebelum Jupe datang, NSK sudah pun menghantar borang permohonan ke Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk memohon permit bagi Julia namun permit belum diluluskan kerana untuk kali pertama Julia datang ini sepatutnya ialah untuk perbincangan sahaja. Dan Jupe tidak pula membawa dokumen yang cukup sewaktu datang ke sini.

    Bagaimanapun setibanya pelakon itu di sini, lain pula jadinya. Jupe terus dibawa ke Pulau Pinang iaitu merupakan lokasi penggambaran 'Sentuhan Malam Pertama'. Jupe berhasrat mahu berjumpa dengan kru sekaligus memulakan perbincangan. Malangnya berlaku salah faham antara pengurusan NSK dan kru mereka sendiri.

    "Berlaku salah faham sebenarnya antara pengurusan dengan kru. Bila kru tengok Jupe di set dan kebetulan terdapat beberapa babak indoor yang dilihat bersesuaian untuk dijalankan, kru terus melibatkan Jupe dalam babak itu. Jupe pun ikut saja.

    "NSK sudahpun menjelaskan kepada FINAS. Kami menghargai FINAS kerana memahami situasi tersebut serta berterima kasih atas kerjasama yang mereka berikan.

    Malah saya juga telah berjumpa dengan Zed Zaidi dan menjelaskan segalanya. Zed memahami situasi tersebut", ujarnya yang turut memberitahu permohonan permit Jupe sudah diserahkan kepada Puspal dan akan disertakan dengan surat sokongan daripada Finas.

    Sementara diminta mengulas mengenai status 'panas' Jupe di Twitternya hingga menimbulkan kemarahan ramai peminat Malaysia, Sofiyant berpendapat itu hanyalah sekadar pendapat peribadi aktres itu dan tidak perlulah diperbesar-besarkan hal berkenaan.

    - mD



     

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



    tuh kan,,, se-mendesak apapun keadaannya, Luna Maya ga akan melangkah ke jalan pintas!!!    

    padahal mah LN biasanya pada dikejar2 artis indo cz jalan ke gogon :D *bangga....kk q ttp keren


    Share ke twitter ^^

    TwitThis